Breakfast, lunch, hi-tea, dinner, supper & barbeque for meeting, PR events, seminar, training, exhibition, sport events, product launching, housewarming, birthday, special gathering, doa selamat / tahlil, akikah, engagement, wedding, party & breaking fast. Including pack food delivery, catering tools leasing & canopy services. We cater for 100 pax onwards with reasonable price. (Call NOW!: 016-220 6876)

Majlis rumah terbuka Aidilfitri Tenaga Switchgear berwarna peach

Photobucket
Assalamualaikum sahabat, teman dan pengunjung blog katering ini. Syawal masih bersisa, jadi salam Aidilfitri saya ucapkan. Alhamdulillah, harga minyak turun lagi, ringan sedikit beban kita di Malaysia. Saya sebagai katerer lega kerana tidak lagi perlu memikirkan bagaimana untuk mengurangkan kos perkhidmatan katering ekoran kenaikan mendadak harga bahan bakar sedikit masa dahulu. Namun begitu, tidak dinafikan harga bahan-bahan mentah sektor makanan masih lagi agak tinggi lantaran beberapa faktor yang mungkin tidak dapat dielakkan.

Bulan Syawal ini saya dan chef kurang rehat. Sebaik seminggu lebih bercuti, banyak permintaan sebut harga untuk rumah terbuka katering Aidilfitri, sama ada di rumah klien perseorangan atau
korporat.

Dari lebih sedozen sebut harga yang d
ihantar, saya memperoleh beberapa sesi katering. Salah satu klien korporat terkini ialah Tenaga Switchgear Sdn. Bhd, anak syarikat Tenaga Nasional Berhad.

Majlis ramah mesra Aidilfitri Tenaga Switchgear Sdn. Bhd diadakan di premis syarikat di Kota Damansara, Selangor pada 18 Oktober 2008 (18 Syawal 1429 Hijrah). Menu yang dihidangkan pelbagai, antaranya ialah nasi beryiani, lemang,
mee dan bihun soto, laksa johor, spaghetti bolognese, sate, kepak ayam bakar, kuih muih raya, ais krim, ABC dan cendol, dan lain-lain.

Photobucket
Tetamu tiba seawal 11.00 pagi. Tenaga petugas seramai lima belas orang berjaya memberikan komitmen yang baik kepada saya dan melayani semua keperluan tetamu secara profesional. Tetamu dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu tetamu VIP, staf syarikat dan para jemputan.
Photobucket
Katering saya menyediakan enam gerai atau meja bagi enam kelompok menu yang berlainan. Suasana meriah diserikan lagi dengan kanopi arabian dan hiasan scallop serta hiasan meja/gerai berwarna peach.
Photobucket
Antara tetamu VIP yang hadir ialah Pengerusi Tenaga Switchgear, YB Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz, Pengarah Urusan Tuan Haji Mohammad Nor bin Mohd Sidin dan pelakon saudara Azli dari kumpulan Senario.
Photobucket
Saya mendapat ucapan terima kasih khusus dari Tuan Haji Mohammad Nor semasa beliau berjalan menuju ke kereta. Di waktu itu saya sedang berehat bersama seorang petugas. Segala puji saya kembalikan kepada Allah atas kelancaran majlis rumah terbuka Aidilfitri Tenaga Switchgear yang berlangsung selama lebih empat jam.

Photobucket

(Gambar di sekitar majlis)

No comments:

Cerita terkini