Breakfast, lunch, hi-tea, dinner, supper & barbeque for meeting, PR events, seminar, training, exhibition, sport events, product launching, housewarming, birthday, special gathering, doa selamat / tahlil, akikah, engagement, wedding, party & breaking fast. Including pack food delivery, catering tools leasing & canopy services. We cater for 50 pax onwards with reasonable price. (Call NOW!: 016-220 6876)

Akikah anak perempuan di Ampang Jaya, 15 Jan. 2012

Katering akikah di sebuah perumahan semi-elit di Ampang Jaya, Ampang, 15 Jan. 2012. Hampir kesemua tetamu merupakan warga Malaysia berketurunan Arab. Lusiana Catering menyediakan menu seekor kambing akikah, sajian hi-tea berat dan servis kanopi.

Selain kambing golek, pesanan untuk 100 pax merupakan sajian hi-tea berat (heavy hi-tea) dengan menu seperti di bawah:

- Bihun goreng Siam
- Nasi goreng Cina
- Rendang ayam
- Filet ikan masam manis
- Kuih talam suji
- Bubur kacang hijau + durian
- Karipap kentang
- Pelbagai hirisan buah-buahan (3 jenis)
- Minuman: Teh tarik dan kordial anggur

Sila hubungi pihak Lusiana Catering melalui e-mel atau telefon yang tertera bagi mengetahui harga dan pakej-pakej lain yang kami tawarkan. Senarai menu dan harga boleh dirunding, tertakluk kepada terma dan syarat.

Photobucket
Photobucket

Daging salai masak lemak cili padi di Taman Tasik Permaisuri

Tanggal 17 Oktober 2011, Lusiana Catering menyediakan satu menu istimewa iaitu masakan daging salai masak lemak cili padi (dua foto). Sesi katering itu berlangsung di satu bangunan ofis di Taman Tasik Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur.

Majlis doa selamat tersebut dihadiri oleh 100 tetamu yang turut merasa bubur kacang hijau yang kami sediakan. Pihak kami juga menyediakan servis kerusi dan meja.

Tiga foto di majlis berkenaan.
"Pelbagai pakej katering turut diperkenalkan oleh penulis, dari pakej katering untuk majlis kecil seperti minum pagi sehinggalah pakej untuk majlis perkahwinan. Cadangan menu juga turut dikongsi oleh penulis. Sememangnya amat menarik dan PERLU DIBACA oleh anda yang mempunyai keinginan yang tinggi untuk menceburi bidang perniagaan katering!

Menyajikan makanan dan minuman juga adalah satu seni, oleh itu penyajiannya juga harus dengan cara yang kreatif. Penghasilan makanan dan minuman yang berkualiti dan memuaskan hati pelanggan melibatkan beberapa peringkat iaitu pemilihan dan pembelian bahan mentah, memotong, memerap, menggoreng, memasak dan cara penyajian itu sendiri memerlukan perancangan yang rapi. Ini penting kerana sekiranya tersilap di mana-mana peringkat, makanan atau minuman kemungkinan akan basi dan tidak boleh dihidangkan. Rumit? Namun, itulah hakikatnya!

Turut menarik minat saya ialah petua memasak ikan patin dan petua untuk tidak meletakkan periuk panas (makanan baru dimasak) di atas lantai simen." (Komen Puan Linda Amri, Kota Kinabalu, Sabah, terhadap buku Buat Duit Dengan Katering yang diterbitkkan oleh PTS Professional Sdn. Bhd. Buku ini ditulis oleh peneraju Lusiana Catering)
Photobucket

Terjual sebanyak hampir 2,100 unit di tahun 2011

Terima kasih kepada para pembaca yang telah memilikinya. Sila dapatkan buku Buat Duit Dengan Katering di mana-mana kedai buku di seluruh negara atau beli online di sini.

Photobucket

Kek Buku Klasik di pelancaran novel, 1Utama, Bandar Utama

Inilah rupa paras kek fondant yang dinamakan Kek Buku Klasik yang disediakan oleh Cef Lusiana Adnin dari Khidmat Katering Lusiana. Isi dalamnya ialah coklat. Kek ini dipersembahkan di majlis pelancaran novel Fiksyen 302 dan Detik Debar, 17 Dis. 2011 di MPH 1Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.

Plot Fiksyen 302 karya Tuan Ramlee Awang Murshid pada hari itu banyak yang bocor di pelancaran bersama-sama novel Detik Debar karya Tuan Eyman Hykal. Suasana padat di 1Utama saya kurang suka. Saya rimas dengan kepadatan di pusat membeli belah 1Utama te
rsebut.

Terima kasih teman-teman Ramlee Awang Murshid Fan Club (RAMFC) dan tetamu yang hadir kerana sudi menjamah Kek Buku Klasik yang disediakan khas oleh Cef Lusiana Adnin. Terima kasih Tuan Ramlee Awang Murshid dan Tuan Eyman Hykal. Seperti kata saya, apa yang saya sediakan sebagai tanda sokongan kepada karya tuan-tuan berdua. Tahniah!

Komen Puan Noni Zainuddin, "Kek unik tajaan Web Sutera dan isteri. Bau yang menyelerakan dan bila makan memang sedap!" dan "Alfun shukran abang Web Sutera. Kek yang superb dan sangat menggugat iman bila dibuka tutup kotaknya, semerbak bau."

Cikpuan Sayidah Sabiah kata, "Kek coklat yang sedap dan cantik dari Web Sutera / Lusiana Adnin."

"Ramai yang mahu mati (atau syahid) di jalan Allah, tetapi adakah kita memahami atau menjalani kehidupan di jalan Allah?" Ini yang saya kutip dari kata-kata Tn. Ramlee Awang Murshid di majlis pelancaran novel Fiksyen 302 pada hari tersebut. Kata-kata itu untuk sekuel seterusnya dalam siri Bagaikan Puteri, berjudul Sunan Musafir yang menurut Tuan Ramlee akan siap menjelang PBAKL 2012 nanti.

Tuan Eyman Hykal pula berceloteh dan melontarkan idea berkenaan kemungkinan ekonomi Amerika Syarikat hancur justeru sistem ekonomi sarat riba yang digenggam oleh Yahudi.

Isnin, 1.15am 26 Dis. 2011, di suatu dimensi kehidupan di Taiping, Perak. Saya melangsaikan pembacaan Fiksyen 302. Sebuah kisah yang memerangkap minda dan persepsi, tidak sedikit masanya saya 'tertipu'. Mainan psikologi dan emosi diputar berselirat di setiap bab dan plot. Teori (atau kebenaran?) fizik kuantum disusun ampuh, dijalin merentasi sebuah pengembaraan minda ke masa lalu.

Elemen sains-fiksyen menerawang cekerawala, sebuah fantasi dimensi masa demi mencari sebuah kebenaran. Tahniah, Tuan Ramlee Awang Murshid. Saya cemburu!

Detik Debar memang mendebarkan! Cubaan membunuh Presiden Amerika Syarikat John Martinez sebanyak empat kali dipatahkan oleh Biro Risikan Negara (BISIK). Amerika Syarikat beralih kepada sistem kewangan Islam setelah runtuhnya sistem kewangan riba tajaan Yahudi.

Photobucket

Photobucket

Kembara ke Taiping, Perak, 25 - 28 Dis. 2011

Tim Lusiana Catering melakukan kembara ke Taiping, Perak, 25 - 28 Dis. 2011. Sebahagian dari foto kenangan rakaman Tuan Zainal bin Mohd. Nor disertakan di sini.

Banyak lokasi dilawati, pelbagai makanan masuk ke dalam perut dalam sesi jalan-jalan cari makan. Percutian sekeluarga di samping meraikan sepasang mempelai berusia emas. Sebahagian kecil sejarah saya tertinggal di sana.


Pengantin baru berusia emas yang melangsungkan majlis akad nikah dan keraian perkahwinan pada 25 Disember 2011. Semoga berbahagia sehingga kekal abadi. Amin. Percutian selama empat hari di Taiping dengan tujuan meraikan pengantin 60-an dan 70-an ini. Tahniah!


Saya suka melihat senyuman dan ketawa mereka berdua bila diusik. Semoga kekal abadi, selamanya. Amin. Pada mulanya keluarga mempelai wanita meminta supaya Lusiana Catering menyediakan servis di majlis ini, namun saya menolak dengan baik.


Dua buah buku khas pemberian dari sahabat Tuan
Zainal Mohd Nor dan Puan Normataksiah Ismail - lapan fiksyen. Terima kasih, sahabat. Saya sangat menghargainya.

Photobucket
Photobucket
Photobucket

Testimoni: Beliau dan isteri kini menempa nama dalam bidang katering

"Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang HALAL lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepada-Nya sahaja kamu beriman". (Surah al-Maidah, ayat 88)

"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang HALAL lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang nyata bagi kamu".
(Surah al-Baqarah, ayat 168)


Terdapat banyak lagi dalil dalam al-Quran dan hadis Nabi Muhammad yang menyeru kita untuk mencari yang HALAL. Justeru itu dunia perniagaan dalam penyediaan makanan yang menyajikan makanan halal adalah satu bidang yang patut diceburi. Siapa lagi yang akan mempelopori perniagaan ini, kalau bukan kita.


Buku Buat Duit Dengan Katering ini pada saya cukup bagus untuk anda yang ingin memulakan perniagaan penyajian makanan. Di dalamnya terkandung pelbagai petua yang dikongsikan oleh penulis melalui pengalaman beliau sendiri. Dari persediaan peralatan dan perkakasan sehinggalah persediaan mental dan fizikal, kesemuanya ada dalam buku ini.


Yang menarik perhatian saya adalah beberapa elemen yang perlu ada seperti melebihkan hidangan dan pinggan mangkuk di dalam satu-satu penyajian katering. Saya selalu menghadapi kekurangan semua ini ketika pihak katering di tempat saya bertugas menyajikan makanan dan minuman untuk para peserta kursus. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati para peserta sehingga apabila mereka membuat penilaian selepas kursus mereka sering mengatakan "penyajian makanan dan minuman tidak memuaskan". Aduh! Walaupun bukan kami sendiri yang menyajikan makanan dan minuman, namun sedikit sebanyak terkena juga batang hidung kami selaku pengelola kursus. Ini juga berkait rapat dengan konsep "ihsan", memberi dengan keikhlasan selain daripada urusan berniaga semata-mata.


Aspek keutamaan pelanggan juga disentuh oleh penulis. Dalam dunia perniagaan, pelanggan adalah segala-galanya kerana "Pelanggan adalah Raja" dan "Customer is always right". Namun ada ketika kita juga patut mengatakan "TIDAK" kepada pelanggan. Dalam buku ini, penulis mengatakan kita patut mengatakan TIDAK kepada beberapa permintaan pelanggan seperti tempahan pada saat akhir dan tempahan nasi bungkus untuk makan tengahari yang jumlahnya hanya lima! Lucu? Penulis mengalami sendiri insiden ini.


Pelbagai pakej katering turut diperkenalkan oleh penulis, dari pakej katering untuk majlis kecil seperti minum pagi sehinggalah pakej untuk majlis perkahwinan. Cadangan menu juga turut dikongsi oleh penulis. Sememangnya amat menarik dan PERLU DIBACA oleh anda yang mempunyai keinginan yang tinggi untuk menceburi bidang perniagaan katering!


Menyajikan makanan dan minuman juga adalah satu seni, oleh itu penyajiannya juga harus dengan cara yang kreatif. Penghasilan makanan dan minuman yang berkualiti dan memuaskan hati pelanggan melibatkan beberapa peringkat iaitu pemilihan dan pembelian bahan mentah, memotong, memerap, menggoreng, memasak dan cara penyajian itu sendiri memerlukan perancangan yang rapi. Ini penting kerana sekiranya tersilap di mana-mana peringkat, makanan atau minuman kemungkinan akan basi dan tidak boleh dihidangkan. Rumit? Namun, itulah hakikatnya!


Turut menarik minat saya ialah petua memasak ikan patin dan petua untuk tidak meletakkan periuk panas (makanan baru dimasak) di atas lantai simen.


Saya berpendapat buku ini akan tambah menarik lagi sekiranya diwarnai dengan tips/petua pada akhir setiap bab dan disampaikan dengan olahan karikatur berwarna. Selain itu, buku ini juga boleh diolah dengan tidak ada mula dan akhir. Maksud saya terdapat helaian permulaan dengan MENU menarik yang akan membantu pembaca untuk memilih apa yang dia hendak baca. Tanya pembaca apa yang dia hendak mulakan dulu. Sebagai contoh, "Menu 1: Katering 50 Tempahan Ke Bawah - Mukasurat 1, 5, 11, 25" adalah khusus untuk pembaca yang berminat hendak memulakan katering kecil-kecilan terlebih dahulu. Saya pernah membaca buku seperti ini, dan saya sangat tertarik dengan olahannya.


Diinspirasikan oleh pengalaman memulakan perniagaan katering, Hizamnuddin menulis buku ini dari hati sebagaimana beliau mengatakan dalam mukasurat 90 bahawa memasak juga perlu dari hati. Beliau seboleh mungkin berkongsi ilmu dan pengalaman kepada anda yang mempunyai iltizam yang tinggi untuk memulakan perniagaan katering.


Beliau juga turut berkongsi pahit dan manis dunia perniagaan yang tidak seperti semasa beliau makan gaji. Memulakan perniagaan dengan menjual nasi lemak, beliau dan isteri kini menempa nama dalam bidang katering yang melibatkan penyajian ribuan orang! Berbekalkan azam dan semangat yang kuat, beliau mengatakan FOKUS tanpa berpaling.


Tahniah kepada Hizamnuddin! Dan kepada anda yang mencari ilmu katering, saya sarankan anda membaca Buat Duit dengan Katering.

** Testimoni dari Puan Linda Amri, Kota Kinabalu, Sabah.

Cerita terkini